Saturday, April 23, 2011

- MY FOLLOWERS -


wah cm xsangka khirnya selepas 4 bulan berblog follower aku meningkat ke 10 owg..
hahahah kowg mesti gelak kan aku kn,,punya lar ciput follower..
maklumlah aku xramai mbe y memiliki blog n meminati blog,
so ini lar kesannyer..
sadih kn hidup aku..
sob sob..
huhu xpe aku xkisah pun..
y penting aku da tempat nk mengadu,meluahkan n berkongsi perasaan..
bia lar owg kta aku wt blog ni syok sendiri ker apa ka aq xkisah sudah..huhuhu~~
lastly special ThANKS  2 all my follower..
terimas kerna sudi singgah n ikut blog aq..=)
muahh kiss kowg laju2..hihi..
nk tgok muka2 follower aku..???
ha nie dya:

1. ha nie owg pertama first y follow aku..si cik FATIN HARRIS a.k.a my roomate jgak bakal xroomate aku..uwaaa sedihnya nk berpisah ngn ko.sob sob=(..kalu kowg nk tawu sebab dya lar aku kenal dunia blog y menyeronokkan ini..hihi tq atin..

2. tempat kedua jatuh kepada eh spa nie xde muka nie..hihi ni encik HAMDANSHAH a.k.a pakwe cik FATIN HARRIS a.k.a my scandal..hahaha mati aku kalu atin bca entry ni..=)tq hamdan bcoz sudi follow blog tak BEST gler nie..hahaha..


3. ha follower ketiga nie owg istimewa dalam hidup aku TOPEKa.k.a TAUFIQ TAJUDDIN..tolong jgn salah sangka ye,nie bkan owg tersyg tapi ni owg terpenting lam hidupku di UMP...owg y sudi berkongsi susah n senang bersama..thank topek..=)


4. next cik AQILAH...ni dak klas aku d UMP a.k.a bdak sekepala nk kua enjoy tiap2 mgu..ops kantoi sudah..hihihi..very comey n active person..asanya masih single..so spa nk kenal bleh lar ke blog dya yek..


5. nie plak my classmate a.k.a my best frenz,cik SITINOORMAHIRAH...
dya juga bakal roomate aku tahun 2 t..seorg y pening happening n baik hati=)...kalu dok ngn dya xgelak x haru biru xsah..aku xtawu r cm ne kehidupan aku ngn dya sem depan..=P


6. eh nie spa nie byang2 jer nie..??hihi ni SYAZWI AMIRA  a.k.a classmate aku..kt klas kami pgil dya mak=P..seowg y happening n pandai masak..so spa y nk kwin tpi xde calon 2 bleh lar kenal2 ngn dya..=)hihi jgn mrah mak..

7. ha nie IRA..dya seowg erm urm erm aq xtawu..hihi gaya cm tawu je kan..=)aku kurang pasti nie sp tapi tapi aku nk kenal dya spa..so kalu IRA baca entry nie sila komen yek..nk fb name @ yahoo ker @ google ker @ skype ker @ blog ker..bleh yek..=)

8. nie FARISZ@AZ.Com..jgak xku kenali..tapi xpe thank sgat2 coz sudi follow blog sya=)


9. ha nie aku kenal..cik NURUL HUSNA YUSOF..tgok betapa kenalnya aku smpy sebut nma bpak sekali 2..hihi..aku just pgil dya kak una..xclasmate aku tyme KMPk dulu...uwaaa miss u so much kak una...apa pun tq coz follow blog sya=)

10. lastly nie dya cik eh clap encik NAZIRUL IFWAT..xKMPk...dya mybe xkenal aku tapi aku kenal dya..hihi..sowg y sweet..suka sgt tgok dya tyme matrik dulu..=P jgn slah sgka aq suka tgok jer bukan meminati a.k.a memujai dya k..hihi..apa pun thanks coz follow sya balik..

wah ramaikan follower aku..hihihi sebenarnya xpun..cdeh aku..tapi xpe pas nie final ni INSYA ALLAH akn ku baik pulih n perbaiki mana y ptt blog nie agar pasnie bertambah2 lagi follower aku..=)

-THE END-

Wednesday, April 13, 2011

NaMuNkU pUnYa HaTi

tdi bgun je tido terpkir lagu nie,lagu y penuh makna..lagu y membawa mesej yg mendalam..suka sgt sgt sgt...so dgan pastasnya aku cari lagu n lirik ni..n tiba2 jgak asa cm nk kongsi nk kowg..harap pas kowg baca n hayatinya kowg termasuk aku akan lebih bersyukur ngn diri kita skunk..

NaMuNkU pUnYa HaTi

Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.

Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan, 
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.

Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan sayang,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan, 
Sampai masa ku pergi jua..

Tuesday, April 12, 2011

bErTeMu DgN oWg y SaLaH

kadang2 kita pasti terfikir:


kenapa kita ditemukan dengan orang sebegini,orang sebegitu
kenapa kita dapat classmate macam nie,
kenapa kita dapat roomate macam nie cm tue...
kenapa kita dapat pakwe macam nie..
kenapa kita dapat adik macam dia..
kenapa kenapa kenapa
kenapa malangnya diri ini
kenapa kita ditakdirkan jumpa dengan orang2 yg salah????
kenapa.???????????????????????????????

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
sumber: iluvislam

Monday, April 11, 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?


Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
sumber dari:iluvislam.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...