Sunday, December 30, 2012




bila Miss Perfection bertemu Mr Perfectionist 
dunia menjadi kacau bilau..
<3<3<3

PeRfEcTiOnIsT

How can you tell if you are a perfectionist? A perfectionist is someone who holds the underlying belief that perfection can be attained and it should be. Many people in our world today are perfectionists or have been perfectionists at some point in our lives. In fact, if you are reading this article, you are probably a perfectionist too, being drawn to the word “perfectionist” in the title and all!



Are You Perfectionist?
You can usually spot a perfectionist a mile away, simply because of the extremist behavior that is exhibited. Here are ten tell-tale signs on whether you’re a perfectionist or not:
  1. You are highly conscious and hyper-critical of mistakes. Hence, you have an extremely sharp eye toward details.
  2. You aim to be the best in everything you do, even if it is something that you are not interested in.
  3. You spend copious amount of time, right down to the last moment, to perfect something. You would rather sacrifice your well-being (such as sleep, eating time, etc) than let something be less than it can be.
  4. You set absolute ideals. There is only black and white, no grey.
  5. You are the harshest critic of yourself. You would beat yourself up over the smallest thing that went wrong, to the extent of being neurotic.
  6. You mull over outcomes if they did not turn out as envisioned. You wonder why it wasn’t a different outcome, and whether you could have done anything to prevent that.
  7. You are defensive toward criticism and have a fear of failure because they suggest imperfection.
  8. You only have the end goal in mind. If you don’t achieve the goal, it really does not matter what happens in the process.
  9. You have an all-or-nothing approach. If the situation does not allow him/her to achieve the standard he/she laid out, he/she will abandon the task because it does not make sense to spend time on something that he/she is not going to conquer.
  10. You are very conscious of any situation which might give others the perception you are not perfect.
If you are a perfectionist, you will find the above traits highly familiar to you.



What leads to perfectionism?
In general, there are three underlying motivations for perfectionism. Perfectionism may result due to either one or combination of any of the three reasons. If you are a perfectionist, you may be able to relate to one or more of the following.
1. Fierce desire for growth
They expect perfection of themselves. Their perfectionism is the result of an insatiable thirst and desire for growth and to be the best that one can be. To come anything short would be not to live up to one’s true potential, which defeats the purpose in living.
2. Social expectations
Their perfectionism comes about because it is socially expected of them. Family, teachers, coaches, managers and leaders with authoritarian, dictatorial styles induce perfectionism by drawing a high standard of benchmark we need to reach and reciprocating failure with forms of punishment. Failing is equated to being worthless. Schools and workplaces with a fierce culture of competition and strong emphasis on performance and achievement are common breeding grounds for perfectionism. Society and media perpetuate untainted, flawless, virtual, perfect end states which are subsequently brought to life in the form of imagery, verbal and sensory cues in advertising, marketing and idol worship. They create the aspiration toward unrealistic ideals and instill the belief that such ideals are in fact achievable.

3. Sense of insecurity
For some people, perfectionism may arise out of insecurity of one’s own worth. People who have faced discrimination of sorts or sidelined since young develop a sense of inadequacy or void in themselves. This abyss in turn manifests the desire or need to overtly prove themselves through their actions and accomplishments. They desire to make a statement about themselves, whether for themselves or other people around them.
To you, the reader – Are you a perfectionist? What drives you to be one?


cc: PERSONAL EXCELLENCE

Monday, December 17, 2012

kawan

Assalamualaikum..
kali nih aku  ingin dedikasikan sebuah 
entry khas buat sahabat baik ku di ump..
yg sentiasa ada di kala ku susah dan senang..
 ya khas untuk..
seorg shbt istimewa..

shbt..
dikala kau membaca entry nih mungkin  aku dh xdk..
dh bawa diri jauh dari kau..
haha xlar..
aku hanya pergi jika kau pergi dari aku..

shbt..
aku minta maaf..
maaf sgt2..
aku tawu kau sgt baik..
kau selalu menjadi pendengar yg baik..
kau selalu ada dikala aku perlukan kau..
kau sentiasa cuba memahami aku..
kau selalu buat aku tersenyum..
kau  sentiasa sabar melayan sikap aku yg kdg2 menjengkelkan..
eh bukan kdg2 tpi yg sgt menjengkelkan nih..
kau sentiasa menyimpan rahsia aku..
kau itu..
kau ini..
sifat kau xdpat aku ungkapkan dgn kata2..

tapi aku..
tapi aku sebaliknya..
aku tawu kau selalu terasa ngn sikap aku..
aku minx maaf..
aku tawu aku bukan seorang kawan mahupun sahabat yg baik buat kau..
aku selalu kecewakan kau..
aku tawu aku xlayak sekalipun berkawan dengan kau..
eh bukan xlayak tapi aku pasti aku xlayak pun kawan ngn kau..
kau tawu kan aku mcm mana..

jika kau rasa aku xboleh dibuat  kawan..
pergi lah jauh2 dari aku..
xpe..
aku xkisah..
aku dah biasa ditinggalkan..
kau boleh cari kawan lain..
yg lebih dan boleh dipercayai..
dan yg pasti itu bukan aku..

k lah penat nangis..
sekian..
bye..

teringin punya ciri2 diatas..

Sunday, December 16, 2012

pae!=skema

as salam..
minggu terakhir semester bakal  tiba beberapa jam ja lagi..
kerja2 perlu dihantar mula lah bertimbun2 berjela2 datang..
terlampau banyak..
xmampun diungkapkan dgn kata2..
ada 3 projek perlu dihantar..
microprocessor stage 3,micro controller & pc interfacing serta report project2 nih.. 
xlupa juga,da 1 assignment principles of control sysytem yg belum strt lagi pun..
pas2 1 test electrical machine yg belum ku study..
pas2 quiz pcs n em..
pas2 report expriment em and pcs
arhh tekanan..
tyme nih jugak lah..
mood malas mencari2 diriku yg sedia malas..
aduyai
shuh shuh main jauh2
jgn dekati aku
aku nk rajin2..
nk jadi cm pic bwh nih..
boleh..?
haha
k bye..!

Saturday, December 15, 2012

JaGaKaN dIa


lagu nih khas ditujukan buat si dia yg berjaya memiliki hati saya pada 12.12.12..
terima kasih kerna sudi menjadi sebahgian dari saya..
luv u so much..
xoxo

video

Tuesday, November 27, 2012

fall in luv again..

as salam..
xada apa yg nk dikongsikan..
cuma rasa hati..
jiwang2 sahaja..
harap pada yg xsuka..
BERHENTI disini sahaja..
tapi jika ingin ketahui jugak..
TERIMA KASIH kerna menjadi silent reader saya..
xoxo..
=
=
=
=
=
aku fikir..
pertama kali agaknya..
dikala ku tatap wajah seseorang jejaka..
jangtungku berdegup laju..
ya sgt laju..
hinggakan aku xkeruan jadinya..
xdisangkal..
aku memang pernah bercinta..
tapi..
perasaan ini sgt pelik sekali..
sgt xdimengerti..
sukar ditafsirkan..

adakah ini dinamakan cinta?
atau
hanya sementara..
sekadar mengisi kesunyian hati?
atau
ini hanya sekadar keterujaan..
dek kerna stage pertama perkenalan..?
atau
adakah kerna..
sifatnya yg mudah didekati..
dan layanan istimewanya padaku..
buat aku terbuai mimpi..
hmmm
aku pening..
pening & pening..


yg pasti..
jika ini benar cinta..
moga ku xbertepuk sebelah tangan..
jika ini bukan cinta..
moga kau dan aku boleh jadi kawan selamanya..

sekian..

Friday, November 9, 2012

GeNg BaRu..!

AsSaLaMuAlAiKum..hai semua moga2 sihat sokmo(buwekkk kata pembuka lapuk)

Kali ini just nk share bahawasanya pada hujung oktober lepas,saya telah mendapat anak baru..what anak..?haha xlar anak buah sahaja..31/10/12 lebih kurang 9 something malam si Norzara Qasrina aka puteri istana berjaya dilahirkan di Hospital Kulim..terkilan kerna xdpt lihat zara di usia pertama dek kerna time 2 aku baru je pulang dari kg..sehinggakan di usia 9hari ni pun aku belum berjaya tengok dia..tapi xpa malam nih aku dah nak balik kampung,weeeee ketidaksabaran~~esok pagi2 subuh aku akan terpacak depan zara..dan nak tanya perasan x korg yg birthday zara jatuh pada bulan yg sama dgn aku n akak aku(mak zara)..?hah kalau korg nak tahu aku si  pembuka,lahir pada 1haribulan,then diikuti akak aku 2hb dan si penutup(si zara) 31 hb..nampak x apa yg aku nk sampaikan..?pas nih boleh lar kami wat birthday party serentak..weeee~~kiz zara laju2..harap abg kimi jgn jeles ya..n..kihkihkih...apa pun tahniah diucapkan pada akak ku..moga kehadiran yg ke2 ini menambahkan lagi keceriaan rumah kamu..hah xlupa juga pertengahan bulan nih akak ipar akak ipar aku juga bakal melahirkan anak pertama dorg..harap2 aku sempat tengok lar dia di hari pertama..:))))))))

sekian.

 p/s:kowg mesti ingat aku obseskan hari pertama anak2 buah aku kan..ya aku amat pentingkannya,kerna aku nk jadi antara owg pertama dya kenal agar aku xdilupakan..maklumlah org merantau..hahahahaha..

Friday, October 19, 2012

digilis tayar lori..

sembilan belas hari sudah berlalu..masa2 indahku bulan ini juga berlalu pergi..jika hidup ini diibaratkan seperti roda mungkin boleh dikatakan aku berada dibawah sekarang..ya satu satu masalah datang meninpa..tudung kesayangan rosak dek kerna iron yg sgt panas,dan yg paling sedih time exam Signal semalam boleh pula otak blank sedangkan aku sudah membuat persiapan awal, bukan lagi seperti selalu hanya study last minit..dan hari ini ketika aku dan Mira cuba menyiapkan Project Microprocessor Stage 1 aku seperti tidak mengenali 1 bahan pun hinggakan Not Gate pun aku tak kenal walhal pernah sahaja bermain dengan benda 2 ketika kelas Digital semester lepas..terasa diri ini terlalu B_ _ _ _..perasaan ini seolah2 sama ketika belajar industrial PLC semester lepas..semua ini membuatkan aku semakin takut untuk menjejakkan kaki ke alam pra perkerjaan (latihan industri) semester depan,juga membuatkan aku berfikir,layakkan aku bergelar graduan elektik elektronik kelak.??ku bermenung seketika setelah penat menangisi semua ini,mungkin ini terjadi kerna Dia mahu sedarkan aku yg mungkin telah lalai seketika waktu..ya mungkin..maka wahai hati silalah kuat menghadapi semua.. 


"sesengguhnya Allah hanya menguji mengikut kemampuan diri hambaNya, Allah SWT tidak menyeksa hambaNya kerana nyata ujian itu untuk menjadikan hambaNya lebih kuat"



sekian..




Saturday, October 6, 2012

HARGAI AKU!


Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

*******************************************************************
Lirik Lagu Hargai Aku – Armada

walaupun ini lagu indon tapi maksudnya amat mendalam dimana terselit 1 teguran tersirat yg perlu kita fahami..=))
****************************************************************************
kredit to:LIRIKLAGU

Thursday, October 4, 2012

AKU PUTUS CINTA..?OH NO..!



Assalamualaikum semua..harap sihat2 saja ok..

Harini aku da something nak share dgn kowg semua. Kowg pernah jatuh cinta..?apa xpernah..?tipu lah mustahil sgt kowg xpernah kan..mesti pernah sekali kowg tangkap cintan dgn sesowg..xkira lah cinta monyet ker whatever mesti pernah jugak kan?kan kan betul x..?hihi..dah agak dah..dan cinta kowg 2 berjaya x..?lau berjaya sampai tahap mana..?sampai hujung nyawakah..?lau sampai Alhamdulillah berjumpa jugak kowg dgn cinta sejati,tapi yg xsampai 2 yg direject, ditinggalkan, dikecewakan,tergantung separuh jalan apa kowg buat untuk lupakan si dia..?terjun bangunan kah ke cabut hati letak tepi..?hihi..


Cara aku..?haha..senang jer..aku ada banyak cara yg selalu aku amalkan..what selalu..?mesti kowg tertanya2 cam 2 kan..?hihi biasalah hati aku nih sgt lembut & sensitif..senang jatuh hati senang lupakan sesowg..peace..=P

ok sebelum aku merapu meh aku kongsi cara aku lupakan sang lelaki..pertama aku akan nangis sepuas-puasnya..sambil aku nangis 2 aku akan fikirkan perkara2 yg aku pernah buat bersama dgn si dia sambil menyesalinya..sesal sesesalnya..nangis sampai aku puas..and kowg nak tahu something..? time aku nangis 2 aku sgt2 xsuka org pujuk kerna selalunya lagi owg pujuk lagi laju air mata aku mengalir..so aku lebih suka nangis tempat yg xdak owg and selalunya aku akan nangis dalam bilik air sambil bukak shower..hihi..so xde lar owg tahu aku nangis..

then lepas aku puas menangis aku akan luahkan pada sesorang..selalunya aku akan luahkan pada kawan yg paling rapat dgn aku time 2..aku muntahkan segala rasa aku time 2 kat membe aku 2.. dan maaf aku akan salahkan 100% punca semua 2 terjadi disebabkan si dia..kedengaran kejam tapi 2 lah aku..aku memang akan buat macam 2 agar dapat memujuk hati aku yg luka 2..

lepas aku luahkan segala perkara pada membe aku, aku akan naik katil and apa lagi tido lar..2 perkara yg paling paling aku gemar lau aku ada masalah..xkira lar apa pun jenis masalah  2..selalunya aku akan tidur 2 jam atau lebih..lepas bangun aku, otak aku dah hilang penat,akan ku fikirkan semula apa yg terjadi..ha time nih aku baru fikir secara rasional..aku timbang tara kenapa semua 2 berlaku dan jangan risau kali nih aku xlagi letakkan punca berlakunya semua perkara ini di bahu si dia sahaja..berfikir secara matang sudah..hihihi..


tapi  semua nih xbuat aku lupakan dia secara automatic..aku jugak seperti owg lain perlu masa untuk lupakan si dia sikit sambil sedikit..aku belajar membenci setiap perkara yg dia lakukan,xkira lah baik ke buruk ker..aku benci benci benci..tapi selalunya aku xakan mempengaruhi org lain untuk turut membenci dan memusuhi si dia..tapi xlama sgt pun aku benci dia..dalam sebulan 2 aku benci then aku akan jadi cam biasa semula..bertindak normal dan berkawan dengan si dia seperti tiada apa2 yg pernah berlaku sebelum itu..

bersyukur kerna dikurniakan hati yg senang jatuh cinta dan senang melupakan..=))))))

Tuesday, October 2, 2012

HARI GULA-GULA KAPAS SEDUNIA


Assalamualaikum ..hai semua..

Entry baru untuk bulan yang baru yang sangat bermakna nih..(wah ayat cam selalu sangat update blog walhal sebulan sekali saja..)sebelum aku merapu bukan2 ,terlebih dahulu pada tanggal 2 Oktober ini,aku nak ucapkan selamat hari lahir yg ke 26 buat satu2nya kakak kesayanganku si Fazilah Mohd Noor yg berada di hometown sekarang..moga2 panjang umur murah rezeki dan murah anak hendakNya..hehe..

Kalau semua nak tahu(walaupun kowang xnak tahu pun aku tetap nak beritahu okeh..so please read it until finish!) semalam(1 Okt) adalah hari lahir aku..WHAT???(mesti itu yang terlintas dek fikiran korang kan sekarang nih)..hehe..jangan terkejut ya birthday kami memang selang sehari pun..senang  kalau nak sambut,jimat wang kosnya..bijak tul ayah aku kan..?huhuhuhu..walaupun dah lepas akan tetapi bagiku semalam adalah hari yg paling paling teristimewa..xpernah aku alami detik2 itu sebelum ini dan akan ku kenang detik2 tersebut hingga hari tua..insya Allah..


Sebenarnya tahun ini aku memang tidak harapkan apa2 pun seperti tahun tahun lepas kerna tahun ini hostel aku di gambang jauh dari kawan2ku terutamanya dari kawan sekuliahku bahkan jauh darei familyku dan jugak dek kerna jatuh pada hari berkerja..so aku x expect yg special pun..hanya mengharapkan ada dikalangan insan2 teristimewa dan kawan2 yg rapat dgn aku ingatkan tarikh itu..hanya itu titik..Ku sangka hujan hingga ke petang rupanya panas di tengahari(maaf &tolong jangan saman saya ya kerna terbalikkan peribahasa ini,hanya nak sepadankan dengan peristiwa yg berlaku pada diri ini=p)itulah yang berlaku pada diriku..tak kusangka pulak bermacam2 kejutan yang aku perolehi pada malam itu..

Firstly pastinya wish dari membe2ku semaada melaui handphone,facebook,twitter,mahupun skype..sgt banyak sampai aku penat nak reply..maaf lar ya kalau2 ada yg terasa hati kerna aku hanya reply TQ aja 2..bukan xmenghargai tapi banyak sgt..sekarang aku baru sedar kenapa orang2 besar seperti menteri atau artis2 atau ustaz2 famous susah nak reply msj orang lain..ya lar cuba bayangkan ada 100sms sehari yg diterima tapi hanya seorang ja yg nk membalas.penat 2..so macam 2 jugak aku,harap2 tiada lar yg terkecil hati dengan aku k..hehe..dan tahun ini si AQILAH SHARI berjaya menjadi orang pertama..tahniah..kehkehkeh

Selain dari wish 2,aku jugak menerima kejutan2 lain dari insan2 yg berlainan..terasa diri begitu berharga (gaya iklan syampoo apa entah..)hehehe..antaranya pastilah video call dati si SYAZWI AMIRAH di pekan sana..time aku angkat saja kol diorang iaitu IZATI,AQILAH & dan lain2 yg ku tak pasti siapa dek kerna aku xboleh nampak hanya mendengar suara sahaja akibat internet yang xberapa ok terus menyanyi lagu happy birthday..so sweet,terima kasih sayang2ku..

Next aku jugak menerima sebuah video walaupun simple dan tak teratur plotnya tapi sangat sweet dari skype WIEN MIERA yang minta aku accept video 2 kononnya video lawak katanya..dalam video 2 ada SITI MAHIRAH,MAIMUNAH,WARDAH,AQILAH & SYAZWI yg buat lawak spontan untuk wish dekat aku..korang sangat comel walaupun malu2.. apa pun terima kasih korang..muahhhh kiss pipi semua.. teringin nak share dengan pembaca semua tapi dek kerna faktor2 yg tak dapat dielakkan,maaf lar ye xdapat eden nak nolong..=)))

dowg cutes cam nih...<3<3
Dan yang lagi sweet tepat jam 12.30 pagi time ramai orang text aku ada pulak seorang mamat nih confess sal hati dia kat aku..terasa sweetnya bila dia berani meluahkannya walaupun tahu aku ini xlagi available dan dia boleh menerima penolakkan aku dengan hati yg terbuka..hah ciri2 lelaki seperti inilah yg patut dicari untuk dibuat suami..apa pun walaupun hal itu terjadi moga kita boleh menjadi kawan seperti dahulu buat selama2nya..muahhh..hehe..xsabar jumpa kau raya haji nanti..

Next, yg lagi2 manis is dapat keluar dengan kawan baikku yg selalu memberi kejutan2 yg tak pernah ku sangkakan dan tindakannya yg sweet,selain suka memaksa aku mencuba sesuatu yg baru..ala macam buat bahan ujikaji 2..tetapi aku xkisah kerna aku pegang pada kata2 “LIFE GETS BORING WHEN WE STAY WITHIN THE LIMITS OF WHAT WE ALREADY KNOW..SO NEVER AFRAID TO TRY SOMETHING NEW!”..=))


Lastly yg palinh2 sweet adalah dapat kek hari lahir berperisa coklat yg moist lagi manis itu dari si AZWA, ROSMA & ERIN..terima kasih korang kerna belikannya dan sanggup tunggu aku hingga lewat malam..2 lah kek hari lahir aku sendiri yang pertama sepanjang 21 tahun aku hidup ini..terharu dan masih xpercaya akannya..=)))))

bukan kek sebenar..
Dan dan xlupa jugak ada 2 lagi kejutan oleh dia dan seseorang yang menanti aku dekat kedah yang membuat aku xsabar2 lagi nak balik kampung..terasa macam nak terbang naik awan terbang Goku balik malam ni jugak..hehe..

Aku rasa eloklah aku berhenti disini sahaja sebelum aku menaip dengan lebih panjang & merapu..sekian..salam sayang dan terima kasih kerna buat HARIKU SEMANIS GULA2 KAPAS pada semua..<3<3

p/s maaf lar lau aku ada xmentionkan nama korang lam peristiwa2 di atas..sesungguhnya yg baik itu dari Allah dan yg buruk itu datang dari diri ini..as salam..

Sunday, September 9, 2012

hari pertama kembali

hari pertama di ump setelah penat membela badan yg ku rasa sudah bertambah berkilo-kilo ini..walaupun penat berada dalam bus berjam jam  serta ditinggalkan di b'worth hampir 2 jam,akan tetapi keghairahan aku untuk ke kelas esok masih meluak-luak..sory lau kowg menyampah dgn ayt bombastik giler tetiba tadi..hehe..rindu meh sama budak-budak e11 terutamanya si CT MAHIRA yg akan ku lanyang pagi esok itu..geram + rindu..hehe..tunggu ya mahira...!


Saturday, May 19, 2012

21 Ciri Lelaki Layak Dijadikan Suami



Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)

17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”

21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

Akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan pasaran.
Originally by : Syabab Musafir Kasih

Anda berharap pada lelaki idaman atau Allah Maha Cinta?
Berharaplah pada Pencipta Cinta, mohon padanya.. Antara dua sahaja yang akan jadi jika anda berdoa : DIA akan beri apa yang kita mohonkan atau beri yang lebih baik. Andai ujian ditimpakan, hikmahnya itulah lebih baik dari apa yang kita mohonkan.

Sunday, May 6, 2012

swimming=skin burned

hai hai hai selamat berhujung minggu semua..
cuti2 cm ni anda sumua kua jalan2 ker..?
bercuti or something yg interesting?
admin ada..
huhu
nak tawu semalam saya n beberapa rakan2 yg sengal menyengal iaitu wien miera,quya,erini & naz pergi swimming kt resort berhampiran pantai balok..
uwaaaaaaaa
bez siot
first tyme aku berenang di dalam kolam..
huahua..
mesti kowg rasa aku cewi kan
ada aku kisah
buuuuuuuuu
opss terkasar bahasa plak..
maaf ya..
hohohoh
apa pun aktiviti semalam memang terbaik walaupun my skin burned like nigga,and terpaksa nyorok lam bilik seminggu..
lebih2 lagi aku berjaya lawan perasaan takut aku bila terpaksa masuk kolam 9 kaki..
huahuahua..
bapak dalam
2 kali ganda aku..
and nak tawu something
aku berjaya sentuh dasar kolam 2..
terasa hebat seketika..
hey hey hey aku dengar apa kowg tengah kutuk aku k..
sebelum kutuk 2 fikir dulu..
korang mampu ke buat cam 2..?
xkan
so sila diam
and nikmati gambar2 di bawah ni k..
=P

5ft



for children only

resort apa ntah

ha ni lar kolam 9kaki 2..

si Naz senget

pantai balok


Thursday, May 3, 2012

Tuesday, May 1, 2012

mendapatkan syafaat nabi muhammad saw di akhirat


KELEBIHAN BERSELAWAT

1.Mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "
Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.

Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis
i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.


2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)
Hadis:
Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "

3. Mendapat keampunan dosa dari Allah s.w.t.
Hadis:
Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. "

Hadis:
Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "

4. Diberi pahala dari Allah s.w.t.
Hadis:
Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."

5. Mendapat ketenangan jiwa
Hadis:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu."

6. Mendapat rahmat dari Allah
Hadis:
Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali"

7. Mendapat hajat dunia dan akhirat.
Hadis:
Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia. "

8. Digembirakan dengan syurga.
Hadis::
Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. "

9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.
Hadis:
Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku"


KELEBIHAN SELAWAT MENGIKUT PARA ULAMA

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

GELARAN ORANG YANG TIDAK BERSELAWAT

i) Gelaran penghinaan.
Hadis:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "

ii) Gelaran bakhil (kedekut)
Hadis:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "

kredit to:
Kha D-Ja

Sunday, April 22, 2012

sesekali tenangkan fikiran

assalamualaikum..
hai readers..
thanks kerna masih sudi singgah ke blog Ini aku budak kedah official blog sekali lagi.

untuk pengetahuan semua semalam admin pergi bercuti setelah penat menelaah..eh jap menelaah ke?menghabiskan masa & duit lagi ada lar..hihi..mak ayah jgn marah ya anakmu yang comel ni..=)



nak tahu mana destinasi pilihan..?tentulah Cherating..percutiaan ini dirangcang sepenuhnya oleh my Baby Wien Meera & disertai aku,qila,moon,mie,azwa,mila,erin,rosmi,hana,topek,syuq,naz,akim,ejat munas,nizam,abah,azri,& gen-G..maaf lar xboleh letak pic dowg kerna gambar xlengkap..=)


tapi nak tgok permandangan kat sana x..?cantik..terutamanya time pagi seawal jam 7, air laut tue pun cantik sgt..











ha amacam cantik x..?bagi aku amat cantik coz aku pencinta pantai..letak je la aku kat pantai mana pun pasti aku akan suka..hihi..


apa2 pun..aku happy sgt kat sana..hampir terlupa semua kerja yg tertunda di bilik..agaga..so pada org2 diluar sana tunggu apa lagi jom reramai ke sana tenangkan fikiran..





p/s:pada awak maaf ye saya buat2 xkisah tyme awak nak hisap rokok..sebenarnya saya amat amat amat kisah..rasa cm nak sepak2 ja awak(ayat ganas plak) tapi saya dah penat nasihat..awak dgr tapi awak xikut..so saya biarkan saja awak buat keputusan sendiri..maaf lau rasa terabai..bukan niat dihati xnak pedulikan awak..saya selalu ambil tahu setiap perbuatan awak..harap awak xulanginya lagi=)peace no war

Saturday, April 14, 2012

Gambaran Hari Kiamat

  1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
  2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
  8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
  9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
  10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
  11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
    ⅰ- Pemimpin yang adil.
    ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
  12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
  13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
  14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
  15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
  16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
  17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
  18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
  19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
  20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
  21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
  22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
  23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
  24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
  25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
  26. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
    (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
  27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
  28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
  29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
  30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

    Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

    Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
    ① Sedekah/amal jariahnya.
    ② Doa anak²nya yang soleh.③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

    Sumber: Amar Sufi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...