Saturday, October 5, 2013

Tutorial Mandikan GP



Assalamuaikum..
hai hai semua
khabar baik kah anda..
bla bla bla..

mesti bosan kan tiap pendahuluan cam nih
aku lagi lah bosan..

uwaaaaaa..
nak nangis..
kena tinggal di ump sorang2..
bosan sunyi.. T_t
xtawu nak buat pa..
walhal banyak je keja nak kena siapkan..
hehe..
last2 tengok ceta hindustan kt tv3..
Kabhi alvida naa kehna..
cite suami isteri curang..
bez ooo tapi part last2 sedih..
nak tengok ceta 2 sila klik sini

habis je ceta..
garu kepala..
xtawu dah nak buat apa..
tenung punya tenung Nimok..
 
Demok pun tenung aku..
dapat idea nak mandikan dia..
nak tengok hasilnya..
tadaaaa...

Nimok yg bersih lagi suci

 oleh kerna dah mandikan demok..
aku dengan rela hatinya
nak buat sedikit tutorial cara mandikan guinea pig

LANGKAH 1: Sediakan bahan2 untuk mandikan guinea pig. Antaranya:

  • 2 helai tuala kecil.. tuala good morning pun boleh
  • then air suam
  • small animal shampoo, kalau xnak guna nih guna syampoo johnson's baby pun boleh..
  • dan semestinya guinea pig lah..hehehe
LANGKAH 2: Okeh lepas sediakan bahan2 tadi bolehlah bilas singki anda dengan air paip. Kemudian letak guinea pig anda ke dalam singki. Biarkan GP anda seketika agar GP tersebut membiasakan diri dengan tempat baru. Nanti xde lah GP 2 terracau2 sebab terkejut..

okeh nih bukan GP saya
LANGKAH 3: Setelah seketika, basahkan GP anda dgn air suam hingga ke paras leher bagi mengelakkan air masuk ke dalam telinga, mata dan paling penting hidung.

LANGKAH 4: Kemudian buihkan GP anda dgn shampoo. Gosok keseluruhan badan GP anda. Lebihkan mencuci di bahagian bawah perut dan rump area ( kawasan organ sex ) kerana bahagian ini lebih kotor dan lebih kerap terkena najis dan air kencing mereka..

juga bukan kepunyaan saya :P
LANGKAH 5: Bilaskan GP tersebut dengan air suam dan PASTIKAN seluruh bulu2 yg disyampoo tadi dibilas dengan bersih.


LANGKAH 6: Angkat GP tadi dan balut dengan sehelai towel. Gosok2 dan keringkan keseluruhan badan GP. Ambil kesempatan ini untuk mencuci telinganya juga.

tolong saya dibungkus..
**Peringatan penting; keringkan GP anda sekeringnya kerana jika bulu GP anda berada dalam keadaan lembap, kemungkinan besar Fungus atau kurap akan jadi pada kulit GP anda.

LANGKAH 7: Akhir sekali, sikat bulu GP anda dan balut ia dengan towel yg kering.
cantik x bulu kak ton selepas disikat..kehkeh..

sejukkkkkkk~~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...